Monday, May 17, 2010

Sungai Tiang Tempah Tiket ke Suku Akhir

SIK , 17 Mei 2010 – Perlawanan Akhir Zon 4 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah berakhir dengan penuh gemilang apabila menyaksikan pasukan Sungai Tiang berjaya menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan yang bakal berlangsung pada Jun akan datang.

Pasukan Sungai Tiang

Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Sungai Tiang dan Gurun itu menyaksikan Sungai Tiang berjaya menewaskan pasukan Gurun dengan jaringan kemenangan 3 berbalas 1. Gol kemenangan pasukan Sungai Tiang berjaya dijaringkan oleh pemain berjersi 14, Hafizan Hanifa, Baharudin Awang Kechik (12) dan Nazrul Hafiz Daud (10) pada separuh masa pertama.

YB Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) ketika diperkenalkan kepada pemain

Perlawanan Akhir Zon 4 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar yang telah berlangsung pada Sabtu lalu, 15 Mei 2010 dengan penuh semangat kesukanan telah diadakan di Padang Awam Sik. Selain orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir melibatkan pasukan Sungai Tiang dan Gurun itu, YB Dato’ Haji Muhamed Taulan Mat Rasul, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

YB Dato' Hj. Muhamed Taulan menyampaikan hadiah kepada pasukan Sungai Tiang

Pasukan Sungai Tiang selaku Johan Zon 4 membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pasukan Gurun selaku Naib Johan pula menerima wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pasukan Sungai Tiang meraikan kemenangan mereka selaku Johan Zon 5


Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 5 pada 22 Mei 2010 bertempat di Padang Awam Guar Chempedak. Perlawanan Zon 5 bakal memperlihatkan aksi pasukan Bakar Arang, Bukit Selambau, Tanjung Dawai, Guar Chempedak, Pandai Merdeka dan Sungai Limau.

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

0 comments: