Wednesday, April 28, 2010

PEMBERITAHUAN-Pertukaran Lokasi bagi Perlawanan Zon 2

Perhatian kepada semua pengurus-pengurus dan pegawai yang terlibat dengan perlawanan Zon 2.Pihak Urusetia Penganjur memutuskan lokasi perlawanan bagi Zon 2 akan dipindahkan dari Padang Stadium Mini Kuala Nerang ke Padang Kompleks Sukan Mu'adzam Shah(Padang Hijau Kuning)atas sebab-sebab teknikal.

Ustaz Musoddak Ahmad
Pengarah
Urusetia Kejohanan Liga Bolasepak
Piala YAB Menteri Besar Kedah 2010

Sunday, April 25, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON 1


Maaf atas kelewatan untuk di"publish"kan keputusan di atas.Ada gangguan talian Streamyx.

Tuesday, April 20, 2010

JADUAL PERLAWANAN MENGIKUT ZON-ZON






Liga Bola Sepak Piala MB Bakal Menjadi Acara Tahunan


ALOR SETAR, 18 April 2010 – Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah anjuran Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah bakal menjadi acara tahunan kerana ia dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia bola sepak Negeri Kedah suatu hari nanti.

YAB Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan

Kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. ini juga mensasarkan penyertaan belia di setiap daerah dengan lingkungan usia 18 hingga 25 tahun. Pada majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon semalam telah menyaksikan kehadiran semua pemain dari setiap zon dan pada majlis tersebut juga, undian penentuan perlawanan dan penyerahan jersi telah berlangsung. Setiap pasukan dibekalkan dengan bola sepak untuk sesi latihan dan setiap pemain dibekalkan dengan jersi.

YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan YB Dr. Hamdan ketika sesi penyampaian jersi dan bola kepada pengurus pasukan

Kejohanan ini melibatkan 36 pasukan yang mana sebanyak 6 pasukan mewakili 6 zon yang berbeza. Perlawanan pertama akan menyaksikan Zon 1 yang terdiri daripada Dun Kuah, Air Hangat, Ayer Hitam, Kota Siputeh, Jitra dan Bukit Kayu Hitam akan berlangsung pada 24 April 2010 bertempat di Stadium Mini Jitra.

Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Piala YAB Menteri Kedah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ini juga turut dihadiri oleh YB Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib Exco Belia Negeri Kedah serta tetamu jemputan iaitu YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika melancarkan Kejohanan semalam, beliau mengharapkan setiap pasukan akan bersukan dengan penuh semangat muhibbah, setiakawan dan berjaya memupuk semangat silaturrahim sesama pemain. Menurut beliau lagi, kejohanan ini juga memberi dan membuka peluang kepada pemuda luar bandar untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan potensi mereka dalam sukan bola sepak.

“Melihat kepada penganjuran kejohanan ini dan kesungguhan semua pihak termasuk pengurus pasukan, jurulatih dan pemain itu sendiri membuktikan bahawa Negeri Kedah tidak kurang pemain dan kejohanan ini akan menjadi kejohanan yang terbaik.” Ujar YB. Dr. Hamdan dalam ucapan beliau.

Johan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000 beserta torfi kejohanan. Manakala johan bagi setiap Zon perlawanan akan membawa pulang Piala Iringan beserta wang tunai sebanyak RM 1500.

Sunday, April 18, 2010

Sesi pemilihan dun Merbau Pulas

Sesi pemilihan dun Merbau Pulas-klik sini

Monday, April 12, 2010

Sunday, April 11, 2010

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan: Hari Ketiga Latihan... Mantapkan lagi pasukan Kita

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan: Hari Ketiga Latihan... Mantapkan lagi pasukan Kita

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan: Latihan Bermula.......

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan: Latihan Bermula.......

Informasi Kedah Untuk Semua: [10/4] Sesi Pemilihan Pemain - Daerah Pdg. Terap

Informasi Kedah Untuk Semua: [10/4] Sesi Pemilihan Pemain - Daerah Pdg. Terap

Saturday, April 10, 2010

MAJLIS PELANCARAN RASMI KEJOHANAN
















Majlis Pelancaran Rasmi kejohanan akan diadakan pada 17 April 2010 ini.Bertempat di Dewan Seri Mentaloon akan diadakan juga sesi cabutan undi bagi penentuan kumpulan untuk zon-zon.

Monday, April 5, 2010

venue pertandingan

Thursday, April 1, 2010

Mazlan Taat: Pemilihan pemain DUN Guar Chempedak ke Piala Menteri Besar

Mazlan Taat: Pemilihan pemain DUN Guar Chempedak ke Piala Menteri Besar

PEMILIHAN PEMAIN-PEMAIN UNTUK MEWAKILI DUN

Sehubungan dengan itu.. Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili dun.. Bolehlah merujuk kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat(PKWR) di kawasan anda..

Selection-selection sedang berlangsung di beberapa dun..jangan lepaskan peluang..hadiah lumayan sedang menanti anda..!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!