Saturday, May 29, 2010

Keputusan Zon 6


Tahniah ..kepada pasukan DUN Merbau Pulas yang menjuarai zon 6


Thursday, May 27, 2010

KENYATAAN AKHBAR OLEH PENGARAH KEJOHANAN PIALA MENTERI BESAR KEDAH BERKENAAN PERUBAHAN JADUAL PERLAWANAN




Monday, May 24, 2010

PENJARING GOL



Anugerah "Kasut Emas" Akan Diberikan Kepada Penjaring Gol Terbanyak...
Siapakah Yang Bakal Memenangi Anugerah Ini?? Adakah Nur Qusyairi B. Chik(Dun Jitra) atau Rashidi B. Salleh(Dun Kota Seputeh) atau Mohd Faizal B. Che Darus(Dun Kuala Nerang) atau Zulkepli B. Ahmad(Dun Anak Bukit)??
Sehingga Kini, Nur Qusyairi B. Chik dari DUN Jitra Merupakan Penjaring Gol Terbanyak Bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB. Menteri Besar Kedah 2010... Beliau Telah Menjaringkan Gol Sebanyak 5 Jaringan Dan Jaringan Ini Adalah Merupakan Jaringan Yang Terbanyak... Adakah Status Ini Akan Berkekalan???
Ayuh!!!..... Kepada Pemain-Pemain dari Pasukan Setiap Dun Yang Telah Layak Ke "Play Off" dan Suku Akhir!!! Rebutlah.... Peluang Keemasan Untuk Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah "Kasut Emas" Bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB. Menteri Besar Kedah 2010 dalam Perlawanan Yang Seterusnya...

JADUAL PERLAWANAN



JADUAL UNDIAN


Perubahan Tarikh:
Taklimat dan Cabutan Undi Pusingan Kelayakan (play-off) akan diadakan pada 31 Mei 2010 (Isnin) Jam 3.00 petang Bertempat di Pejabat Urusetia Belia, Wisma Darul Aman.. Semua pengurus yang terlibat dijemput hadir.. Sekian, harap maklum..

Sunday, May 23, 2010

KEPUTUSAN ZON 5


TAHNIAH..Kepada pasukan DUN Bukit Selambau yang menjuarai Zon 5

Wednesday, May 19, 2010

Susunatur lokasi Zon 5 di Pdg Awam Guar Chempedak


PERHATIAN kepada semua yang terlibat dengan perlawanan untuk Zon 5 Piala Menteri Besar Kedah 2010.

1.Sg Limau
2.Guar Chempedak
3.Bukit Selambau
4.Tg Dawai
5.Bakar Arang
6.Pantai Merdeka

Tarikh : 22 Mei 2010
Lokasi : Padang Awam Guar Chempedak

Sila rujuk susunatur lokasi untuk rujukan anda.

Monday, May 17, 2010

Sungai Tiang Tempah Tiket ke Suku Akhir

SIK , 17 Mei 2010 – Perlawanan Akhir Zon 4 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah berakhir dengan penuh gemilang apabila menyaksikan pasukan Sungai Tiang berjaya menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan yang bakal berlangsung pada Jun akan datang.

Pasukan Sungai Tiang

Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Sungai Tiang dan Gurun itu menyaksikan Sungai Tiang berjaya menewaskan pasukan Gurun dengan jaringan kemenangan 3 berbalas 1. Gol kemenangan pasukan Sungai Tiang berjaya dijaringkan oleh pemain berjersi 14, Hafizan Hanifa, Baharudin Awang Kechik (12) dan Nazrul Hafiz Daud (10) pada separuh masa pertama.

YB Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) ketika diperkenalkan kepada pemain

Perlawanan Akhir Zon 4 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar yang telah berlangsung pada Sabtu lalu, 15 Mei 2010 dengan penuh semangat kesukanan telah diadakan di Padang Awam Sik. Selain orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir melibatkan pasukan Sungai Tiang dan Gurun itu, YB Dato’ Haji Muhamed Taulan Mat Rasul, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

YB Dato' Hj. Muhamed Taulan menyampaikan hadiah kepada pasukan Sungai Tiang

Pasukan Sungai Tiang selaku Johan Zon 4 membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pasukan Gurun selaku Naib Johan pula menerima wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pasukan Sungai Tiang meraikan kemenangan mereka selaku Johan Zon 5


Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 5 pada 22 Mei 2010 bertempat di Padang Awam Guar Chempedak. Perlawanan Zon 5 bakal memperlihatkan aksi pasukan Bakar Arang, Bukit Selambau, Tanjung Dawai, Guar Chempedak, Pandai Merdeka dan Sungai Limau.

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

Sunday, May 16, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON 4


Tahniah kepada pasukan DUN Sungai Tiang yang menjadi johan zon 4

Tuesday, May 11, 2010

SUSUNATUR ZON 4


Perhatian kepada semua yang terlibat dengan perlawanan ZON 4,
1. BAYU
2.KUPANG
3.BELANTIK
4.JENERI
5.SG TIANG
6.GURUN
Sila rujuk plan susunatur seperti berikut:-

Monday, May 10, 2010

Kubang Rotan Johan Zon 3 Liga Bola Sepak Piala MB

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

Kubang Rotan FC dengan piala kemenangan mereka


ALOR SETAR, 10 Mei 2010 – Saingan peringkat akhir Zon 3 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah menyaksikan saingan sengit antara Pasukan Kubang Rotan FC dan Pasukan Anak Bukit yang mana Perlawanan Akhir Zon 3 Sabtu lalu berpihak kepada pasukan Kubang Rotan FC dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan Anak Bukit.


Pasukan Kubang Rotan FC di bawah bimbingan jurulatih Mohamad Ramli mempamerkan aksi cemerlang pada 2 perlawanan sebelum layak ke perlawanan akhir Zon 3 yang mana Kubang Rotan FC sebelum itu telah membaham pasukan Tokai dengan jaringan 7-0 manakala perlawanan kedua menyaksikan Kubang Rotan menewaskan pasukan Kota Darulaman dengan jaringan 1-0.


Sepanjang perlawanan akhir berlangsung, Pasukan Anak Bukit juga turut mempertahankan gawang mereka namun berjaya dibolosi oleh pasukan lawan, Kubang Rotan FC dengan dua jaringan yang mana jaringan pertama berjaya dilakukan oleh pemain berjersi 18, Azuan Ahmad pada minit ke-14 perlawanan. Manakala jaringan kedua pula berjaya dilakukan oleh Mohd Fauzan Ghazali pemain berjersi 9 pada separuh masa kedua. Perlawanan Akhir Zon 3 turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kedua-dua pasukan, YB Dato’ Ir. Haji Amirudin Hamzah (Anak Bukit) dan YB Nasir Mustaffa (Kubang Rotan).

Kubang Rotan FC lwn Anak Bukit


Perlawanan Zon 3 yang berlangsung pada Sabtu lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti turut menyaksikan aksi cemerlang empat pasukan lain selain Kubang Rotan dan Anak Bukit iaitu Tokai, Kota Darulaman, Bakar Bata dan Pengakalan Kundor.


Johan Zon 3, Kubang Rotan FC bakal memberi saingan pada perlawanan peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang bakal berlangsung pada Jun akan datang. Mereka selain itu membawa pulang wang tunai RM 1500, piala iringan dan sijil penyertaan selaku Johan Zon 3. Manakala pasukan Anak Bukit selaku Naib Johan Zon 3 membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penyertaan. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Ir. Haji Amirudin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah.


YB Dato' Ir Amirudin Hamzah ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang


Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan meneruskan saingan bagi Zon 4 yang mana akan berlangsung pada 15 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Padang Awam Sik. Perlawanan Zon 4 akan menyaksikan pasukan Sg. Tiang, Belantik, Kupang, Jeneri, Bayu dan Gurun bakal memberikan saingan sengit pada perlawanan akan datang.

Sunday, May 9, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON 3


Tahniah kepada pasukan DUN Kubang Rotan yang menjuarai ZON 3

Wednesday, May 5, 2010

susunatur tapak zon 3-Stadium Suka Menanti


Perhatian kepada semua pengurus zon 3,sila rujuk susunatur diatas untuk tindakan semua

Tuesday, May 4, 2010

Juara Zon 2, Kuala Nerang Bakal ke Suku Akhir

ALOR SETAR, 04 Mei 2010 – Skuad bimbingan Mohd Shayuti Mahmud berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah apabila berjaya menumpaskan pasukan Bukit Lada menerusi sepakan penalti 3 -1 pada Sabtu lalu.

Gambar Pasukan Kuala Nerang

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar Kedah itu, menyaksikan pasukan Kuala Nerang mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan gol daripada dibolosi pihak lawan. Perlawanan akhir Zon 2 turut disaksikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan YB Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah).

Pasukan Kuala Nerang Bersama Trofi Kemenangan

Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500 , piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan Zon 2, Bukit Lada pula membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain pasukan Kuala Nerang dan Bukit Lada, perlawanan Zon 2 turut menyaksikan petembungan antara pasukan Pedu, Alor Mengkudu, Derga dan Bukit Pinang.

YB Dr. Ismail ketika menyampaikan hadiah kepada pemain

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 3 melibatkan pasukan Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Bakar Bata, Kubang Rotan, Tokai dan Kota Darulaman yang mana akan berlangsung pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

Sunday, May 2, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON 2



...TAHNIAH kepada Pasukan DUN Kuala Nerang kerana berjaya menjadi Johan Zon 2

Create your own banner at mybannermaker.com!