Tuesday, May 4, 2010

Juara Zon 2, Kuala Nerang Bakal ke Suku Akhir

ALOR SETAR, 04 Mei 2010 – Skuad bimbingan Mohd Shayuti Mahmud berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah apabila berjaya menumpaskan pasukan Bukit Lada menerusi sepakan penalti 3 -1 pada Sabtu lalu.

Gambar Pasukan Kuala Nerang

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar Kedah itu, menyaksikan pasukan Kuala Nerang mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan gol daripada dibolosi pihak lawan. Perlawanan akhir Zon 2 turut disaksikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan YB Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah).

Pasukan Kuala Nerang Bersama Trofi Kemenangan

Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500 , piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan Zon 2, Bukit Lada pula membawa pulang wang tunai RM 1000, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain pasukan Kuala Nerang dan Bukit Lada, perlawanan Zon 2 turut menyaksikan petembungan antara pasukan Pedu, Alor Mengkudu, Derga dan Bukit Pinang.

YB Dr. Ismail ketika menyampaikan hadiah kepada pemain

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah akan diteruskan dengan perlawanan Zon 3 melibatkan pasukan Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Bakar Bata, Kubang Rotan, Tokai dan Kota Darulaman yang mana akan berlangsung pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

0 comments:

Create your own banner at mybannermaker.com!